Di
negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,terdapat
pelbagai jenis perayaan untuk disambut pada setiap tahun. Contohnya Perayaan
Kaum Cina, Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di
Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang
Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu,
harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan
babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.
Tahun Baru Cina biasanya disambut pada anak bulan pertama setiap tahun, kira-kira empat hingga lapan minggu sebelum musim bunga (Lichun). Tarikh setepatnya boleh jatuh bila-bila masa antara 21 Januari dan 21 Februari (merangkumi semua) kalendar.Setiap tahun dilambangkan oleh satu daripada 12 ekor haiwan dan salah satu daripada lima unsur, dengan kombinasi haiwan dan unsur. Inilah perayaan Cina yang terpenting dalam setiap tahun.
Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.
Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran.

No comments:
Post a Comment