Chibi Iron Man

Perayaan Kaum India

Perayaan kaum India atau hindu dipanggil “Deepavali” yang bermaksud “Sebarisan Pelita”. Ianya dirayakan pada 22 Oktober/November atau ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Selain itu, ia juga dikenali sebagai “Pesta Cahaya”. Ianya disambut dengan memasang pelita kerana mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan dan kebaikan mengatasi kejahatan.

                Di pagi perayaan, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil.Seterusnya, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga dengan membawa kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni “Rangoli”  adalah sebagai menyambut tetamu di hadapan rumah.

       
        Selain itu, mereka juga menyambut hari Thaipusam.Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun. Tetapi tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon hajat kepada Dewa Murugan. Jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Kebiasaanya, murid yang akan menduduki peperiksaan, wanita yang berhajat untuk mengandung, lelaki yang meminta nazar semoga ibu bapanya selamat merupakan antara faktor utama penganut Hindu memohon nazar.



Pada hari tersebut, mereka akan membawa susu yang diisi dalam belanga kerana susu itu dianggap paling suci . Kemudian, susu tersebut diisikan dalam belanga tembikar atau aluminium. Belanga berisi susu tersebut dihias dengan pelbagai corak, warna, daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Walau bagaimanapun, bukan semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini. Hal ini demikian kerana pembawaan belanga bukanlah kewajipan dalam meraikan kebesaran Tuhan Murugan. Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala yang botak itu dengan warna kuning daripada kunyit. Amalan ini merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.


        Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, “kavadi” dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini lazimnya terdiri daripada lelaki, perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung pada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu.


        Perayaan Thaipusam lebih meriah di Malaysia jika dibandingkan dengan di India, Hal ini berlaku demikian kerana di India. Mengikut kajian, Thaipusam dapat menyatupadukan semua penganut Hindu dari pelbagai ladang dan bandar yang berkumpul di beberapa buah kuil Hindu yang besar sahaja. Selain disambut di Malaysia, negara lain juga meraikannya.


Sambutan yang juga untuk memohon keberkatan dewa Shiva dan Parvati ini juga dikenali sebagai “Kartikeya Thaipusam, Subramaniam, Sanmukha, Shadanana, Skanda and Guha”. Kejayaan melawan anasir jahat merupakan kunci utama perayaan ini disambut. Oleh itu, semua rakyat di Malaysia haruslah bersyukur, kerena Malaysia yang hanya merupakan negara kecil tetapi berbilang kaum dan agama. Tetapi kita dapat hidup aman dan damai atas payung kedaulatan yang dikurniakan oleh-nya





No comments:

Post a Comment