Chibi Iron Man

Hari Raya Aidilfitri

Pada tanggal 1 Syawal tahun hijrah,seluruh masrarakat islam di dunia akan menyambut hari Raya Aidil Fitri.Di Malaysia ,sambutan hari raya ini disebut Hari Raya Puasa.

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal(rukyah)dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan.Ini mengikut husap berdasarkan Takwim Tahun Islam.Tarikh Hari Raya Aidil Fitri adalah sentiasa tetap dan sama iaitu bulan ke 10 dalam takwim Hijrah..

Semua umat islam lelaki dan peremouan akan ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri secara berjemaah.

Antara tradisi umat islam di Negara ini menjelang kedatangan 1 Syawal ini,adalah menyediakan pakaian baru untuk keluarga,menghias rumah dan membuat palbagai jenis kuih tradisi untuk di hidangkan kepada para tetamu yang datang berkunjung ke rumah.
 
Selain itu,kemeriahan rumah terbuka dapat menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum untuk bersama-sama menyambut perayaan ini dengan penuh rasa gembira dalam suasana harmoni.



No comments:

Post a Comment