Chibi Iron Man

Thursday, 16 February 2017

Perayaan Perayaan Agama di Malaysian



DUA 6022

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

PERAYAAN-PERAYAAN AGAMA DI MALAYSIA MAMPU MEWUJUDKAN SEMANGAT PERPADUAN DI KALANGAN KAUM DI MALAYSIA”


SESI DIS 2016

DET6A&DET6B


DISEDIAKAN UNTUK : EN MARZUKI BIN SEPIAAIL

JABATAN                        : PENGAJIAN AM


NAMA
NO MATRIK
MOHAMAD FAIRUZ BIN SALLEH @ SALLAH
15DET14F1032
SYED MUHAMMAD HANIF BIN SYED BAHARUDDIN
15DET14F1039
SAZWAN AIMAN BIN ABDUL SAMAD
15DET14F1051
FARID HAIKAL BIN ZAILAN
15DET14F1052
MOHAMAD FARHAN BIN YUSRI
15DET14F1066
MOHAMAD NURFIRDAUS BIN MOHAMAD AZAUDIN
15DET14F1069

Jenis-jenis Perayaan Di Negara Malaysia




PENGENALAN


Malaysia merupakan sebuah negara yang beraneka budaya, bahasa, agama, makanan dan sebagainya. Hal ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum seperti melayu, cina, india dan sebagainya. Masyarakat Malaysia hidup bersama dengan harmoni. Pelbagai kaum yang berbeza budayanya menjadikan Malaysia negara yang unik, seperti perayaan di Malaysia. Budaya masyarakat Malaysia dapat dilihat melalui perayaan yang disambut oleh kaum tertentu. Pada setiap tahun banyak perayaan yang disambut di Malaysia. Hal ini menunjukkan Malaysia hidup berbilang bangsa tidak kira agama dan warna kulit. Disamping  itu, perayaan dan pelbagai kaum dalam Negara kita turut menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelusuk dunia.



HARI RAYA AIDIL FITRI


Pada tanggal 1 Syawal tahun hijrah,seluruh masrarakat islam di dunia akan menyambut hari Raya Aidil Fitri.Di Malaysia ,sambutan hari raya ini disebut Hari Raya Puasa.

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal(rukyah)dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan.Ini mengikut husap berdasarkan Takwim Tahun Islam.Tarikh Hari Raya Aidil Fitri adalah sentiasa tetap dan sama iaitu bulan ke 10 dalam takwim Hijrah..

Semua umat islam lelaki dan peremouan akan ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri secara berjemaah.

Antara tradisi umat islam di Negara ini menjelang kedatangan 1 Syawal ini,adalah menyediakan pakaian baru untuk keluarga,menghias rumah dan membuat palbagai jenis kuih tradisi untuk di hidangkan kepada para tetamu yang datang berkunjung ke rumah.
 
Selain itu,kemeriahan rumah terbuka dapat menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum untuk bersama-sama menyambut perayaan ini dengan penuh rasa gembira dalam suasana harmoni.



PERAYAAN  KAUM  CINA


Di negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,terdapat pelbagai jenis perayaan untuk disambut pada setiap tahun. Contohnya Perayaan Kaum Cina, Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.


Tahun Baru Cina biasanya disambut pada anak bulan pertama setiap tahun, kira-kira empat hingga lapan minggu sebelum musim bunga (Lichun). Tarikh setepatnya boleh jatuh bila-bila masa antara 21 Januari dan 21 Februari (merangkumi semua) kalendar.Setiap tahun dilambangkan oleh satu daripada 12 ekor haiwan dan salah satu daripada lima unsur, dengan kombinasi haiwan dan unsur. Inilah perayaan Cina yang terpenting dalam setiap tahun.

Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.

Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran.



Pakaian mereka pada perayaan tersebut ialah Samfu dan Cheongsam. Samfu dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. Manakala Cheongsam pula ialah pakaian yang dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina





PERAYAAN  KAUM  INDIA

Perayaan kaum India atau hindu dipanggil “Deepavali” yang bermaksud “Sebarisan Pelita”. Ianya dirayakan pada 22 Oktober/November atau ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Selain itu, ia juga dikenali sebagai “Pesta Cahaya”. Ianya disambut dengan memasang pelita kerana mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan dan kebaikan mengatasi kejahatan.

                Di pagi perayaan, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil.Seterusnya, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga dengan membawa kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni “Rangoli”  adalah sebagai menyambut tetamu di hadapan rumah.

     Selain itu, mereka juga menyambut hari Thaipusam.Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun. Tetapi tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon hajat kepada Dewa Murugan. Jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Kebiasaanya, murid yang akan menduduki peperiksaan, wanita yang berhajat untuk mengandung, lelaki yang meminta nazar semoga ibu bapanya selamat merupakan antara faktor utama penganut Hindu memohon nazar.

Pada hari tersebut, mereka akan membawa susu yang diisi dalam belanga kerana susu itu dianggap paling suci . Kemudian, susu tersebut diisikan dalam belanga tembikar atau aluminium. Belanga berisi susu tersebut dihias dengan pelbagai corak, warna, daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Walau bagaimanapun, bukan semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini. Hal ini demikian kerana pembawaan belanga bukanlah kewajipan dalam meraikan kebesaran Tuhan Murugan. Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala yang botak itu dengan warna kuning daripada kunyit. Amalan ini merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.

        Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, “kavadi” dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini lazimnya terdiri daripada lelaki, perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung pada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu.

        Perayaan Thaipusam lebih meriah di Malaysia jika dibandingkan dengan di India, Hal ini berlaku demikian kerana di India. Mengikut kajian, Thaipusam dapat menyatupadukan semua penganut Hindu dari pelbagai ladang dan bandar yang berkumpul di beberapa buah kuil Hindu yang besar sahaja. Selain disambut di Malaysia, negara lain juga meraikannya.


Sambutan yang juga untuk memohon keberkatan dewa Shiva dan Parvati ini juga dikenali sebagai “Kartikeya Thaipusam, Subramaniam, Sanmukha, Shadanana, Skanda and Guha”. Kejayaan melawan anasir jahat merupakan kunci utama perayaan ini disambut. Oleh itu, semua rakyat di Malaysia haruslah bersyukur, kerena Malaysia yang hanya merupakan negara kecil tetapi berbilang kaum dan agama. Tetapi kita dapat hidup aman dan damai atas payung kedaulatan yang dikurniakan oleh-nya


Usaha usaha untuk memupuk perpaduan kaum dalam di Malaysia

          Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati. Salah satu usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara kita adalah peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah. Dengan adanya sistem pendidikan yang terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, Di sekolah, murid-murid yang berbilang kaum akan berinteraksi, bergaul , bermain dan sebagainya semasa melakukan aktiviti- aktiviti semasa P & P ataupun aktiviti kokurikulum.  Selain itu, menerusi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, sifat perpaduan kaum dapat dipupuk dalam kalangan murid.  Selain itu, rumah terbuka yang diadakan pada hari perayaan dapat mewujudkan perpaduan kaum di negara kita. Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia. Amalan kunjung-mengunjungi ketika merayakan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat memupuk silaturahim dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum.  Di samping itu, perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dipupuk menerusi aktiviti hari keluarga. Aktiviti hari keluarga boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat dalam sesebuah taman atau komuniti untuk mengerattkan hubungan sesama kaum. Akhir sekali, perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat dapat diwujudkan menerusi kepelbagaian kebudayaan. Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek yang penting untuk mewujudkan perpaduan. Apabila diadakan sesuatu persembahan untuk meraikan hari kebesaran atau menerima kedatangan orang kenamaan, akan dipersembahkan tarian oleh pelbagai kaum seperti tarian Zapin dan tarian Inang oleh masyarakat Melayu. Tarian kipas, tarian singa dan tarian piring oleh masyaraat Cina, Tarian Bharatanatiam dan Tarian Kollattam oleh masyarakat India. Persembahan kebudayaan yang unik ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelancong asing yang berkunjung ke negara ini. Kesimpulannya, usaha mewujudkan perpaduan kaum perlu diberi penekanan di negara kita kerana menjadi tonggak kesejahteraan rakyat dan kemakmuran.









Sumber: http://perayaanutamakaumdimalaysia.blogspot.my/2015/02/perayaan-di-negeri-sabah-dan-sarawak.html